DEFINISI
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
PERANAN TULISAN
- Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan
idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
- Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan
ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Untuk membolehkan kanak-
kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan,
perhubungan serta matlamat hidup.
ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Untuk membolehkan kanak-
kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan,
perhubungan serta matlamat hidup.
- Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-
kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan
mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).
kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan
mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).
- Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain
bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan
bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.
bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan
bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.
PRATULISAN
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di ataS permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.
Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanakmendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain- lain
2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.
4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
PRABACAAN Prabacaan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :-
1. Pengamatan penglihatan
2. Pengamatan pendengaran
3. Pergerakan tangan dan mata
Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan, aktviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula, tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran . Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembaca boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Guru hendaklah menjalankan aktiviti melukis garisan-garisan tertentu yang menyerupai huruf. Garisan-garisan ini hendaklah dimulakan dengan garisan lurus atau bentuk-bentuk yang seimbas dengan huruf yang diperkenalkan kepada murid. Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah(terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara ‘tidak boleh membaca’ ini berlaku. Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula antara lain, kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2), dan menggubal cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan.Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat membaca bahan-bahan bacaan yang ‘senang’ pada akhir Darjah 1 persekolahan mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambil kira hal-hal berikut:
a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik – ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu).
b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain –dengan bahasa Inggeris misalnya). Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal.
c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu) yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa Melayu dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya mereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai bahasa kedua (misalnya bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) untuk mengajar mambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa kita.
a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik – ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu).