selamat datang


nur syafawati

daun


Thursday 13 October 2011

"PRASEKOLAH KU"

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut :

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

OBJEKTIF

KSPK menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut :
  a. Membina kecergasan badan
  b. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
  c. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
  d. Menguasai kemahiran motor halus dan asas moto kasar
  e. Mempunyai konseo kendiri yang positif dan jati diri
  f. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
  g. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga berkerja secara berkumpulan.
  h. Mengamalkan nilai murni
  i. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inivatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
  j. Mengembangkan daya kreatif dan estetika
  k. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugas harian dan menyelesaikan masalah.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur lima dan enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran berikut :
Tunjang Komunkasi
Tunjang Kerohanian,sikap dan Nilai
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Ketrampilan Diri
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Tunjang Sains dan Teknologi